Kursus Asas Sains Perpustakaan 6-17 Jul 2009

Kursus Asas Sains Perpustakaan anjuran PNS ini akan diadakan pada 6 hingga 17 Julai 2009 di Le Meridien Hotel.
Kumpulan sasar untuk kursus ini adalah diutamakan kepada pegawai gred S17-S27 yang mengendalikan perpustakaan di jabatan / kementerian / sekolah / swasta / NGO. Seramai 30 orang akan menghadiri kursus ini nanti. Buat masa ini cuma terdapat 10 orang sahaja yang telah mendaftar untuk mengikuti kursus ini.
Antara isi kandungan kursus ini adalah :
i. mempelajari cara2 pengkelasan bahan bacaan dan alat pandang dengar,
ii. mempelajari cara2 pengkatalogan buku-buku,
iii. cara2 pengisian data ke dalam sistem ILMU,
iv. pelabalen buku2,
v. penggunaan ICT,
vi. susunatur rak dan perabot dalam perpustakaan,
vii. ceramah dan soaljawab halatuju pustakawan,
viii. ceramah Integriti (PIN),
ix. lawatan ke perpustakaan JPHPT dan Penampang dll……

Untuk menjayakan kursus ini, adalah diharapkan semua yang dijemput melalui surat rasmi dapat menghadirkan diri dan mengikuti kursus ini dengan penuh tanggungjawab, disiplin dan berintegriti tinggi.

Sebarang masalah dan persoalan bolehlah disediakan dan diajukan semasa kursus tersebut dan ianya akan dijawab sepanjang tempoh kursus tersebut diadakan.

Penceramah2 adalah terdiri dari pegawai2 dan pustakawan berpengalaman dan berwibawa dari PNS sendiri.

Jadual kursus boleh didapati dengan melayari laman web PNS di http://www.ssl.sabah.gov.my

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: