Anjakan paradigma gimana…?

Let us share what Datuk Dr. Fadillah Kamsah used to say :

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja,
hasilnya adalah “biasa” saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luarbiasa….!

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luarbiasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan… insya Allah…”
Jadi renungkan lah….

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampa,
hasilnya macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja ja……kenapa? Tepuk dada tanya selera laaa……

2. Ada kala kita rasa kita ‘BUSY’ giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’…..gila betul…..!

3. Adakala kita rasa…diri kita PERIHATIN, tapi rupanya kita dicop ‘BUSY BODY’ pulak….biasalah…dunia….

4. Adakala kita rasa kita ‘OPENMINDED and OUTSPOKEN’ tapi rupanya kita dianggap KURANG PENGAJARAN….

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS…..tu pasal ada orang kata kita ada masalah……

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA-NGADA….pulak?

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAK ADA KERJA’, adalah lebih baik kita tanya
‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT ?’

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok sedalam-dalamnya, selagi hati kita berdengki, menjatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (suka report sama bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut menerima hakikat betapa kita lebih teruk dari apa anggapan kita itu sendiri…..

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia…..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik…adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti…
tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya…

“Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: