Napa suka yang BOROI…???

Boroi....sexy..!

Boroi....sexy..!

Benarkah suami boroi tanda bahagia dlm rumahtangga????

SAYA membaca satu artikel dlm akhbar baru2 ni
ttg isu suami boroi. Ulasan artikel itu seolah2
menceritakan bahawa
suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup
berumahtangga.
Saya berkahwin 3 thn lalu, punyai sorang cahaya
mata. Di awal perkahwinan, suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kg berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin,
beratnya mencecah 72kg dan perutnya mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4bulan. Namun dia sihat dan tidak dirundung penyakit.
Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

Isteri bertuah.

JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki bertambah berat badan setelah berumahtangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana ke mari bersama teman2 dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih2 lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan
berat mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumahtangga, dari tahun ke setahun berat mereka bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih byk masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah.

Lelaki merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang
akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.
Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih
tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah
berumahtangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumahtangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan….bagi wanita yang rajin…..

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,
periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang
mereka tidak begitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat
suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu adalah
Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya
banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.
Lama-kelamaan prut mereka akan mula membuncit atau
boroi.

Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan
berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut
buncit, manakala jenis kedua dimana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dpt menjawab bahawa lelaki yang
boroi tanda mereka bahagia hidup berumahtangga, tetapi melalui kajian,
ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi
setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinannya.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan…kenapa? Playboy kali……

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi
hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang…namun itulah hakikatnya.
Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi.
Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran
jauh
dan lebih mementingkan hidup berumahtangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri
mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang
perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak
lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari
masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah brkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi
suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yg mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup…! Kenapa pulak…?
Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggungjawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.
Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.!

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah
buncit selepas berumahtangga atas faktor hubungan seks. Air zat
isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih
mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat
seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin
dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri.

Oleh itu wanita yang telah berumahtangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri
yang semakin hitam dan berkilat.
Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami
yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yangtelah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat.
Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Menurut pakar kesihatan WHO.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: